Township & Landed Property
Bangunan Kediaman Tinggi
Komersial & Lot Kedai
Penyewaan
Rumah Mampu Milik
Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh merupakan perbandaran moden dengan keluasan 1,100 ekar yang dibangunkan oleh Glomac Berhad sejak tahun 1995 lagi. Enam dari lapan pembangunan tersebut telah pun siap dibina. Dengan bilangan komuniti sebesar 40,000, kemudahan lengkap seperti kedai, restoran, bank, sekolah, pusat perubatan, tempat beribadah dan lain-lain pasti dapat memudahkan kehidupan harian komuniti setempat.
Pembangunan mampan ini terdiri daripada Pangsapuri, Rumah Teres, Rumah Berkembar, Banglo, dan Banglo-Link yang mampu memenuhi keperluan setiap isi rumah berdasarkan tahap kemampuan.
Terletak di lokasi yang strategik lagi kondusif, Bandar Saujana Utama yang dibangunkan secara terancang menawarkan akses mudah menerusi enam lebuhraya utama seperti LATAR, NKVE, Guthrie, Lebuhraya Persekutuan, DASH, dan Sungai Buloh-Kuala Selangor.
Ternyata Bandar Saujana Utama adalah kawasan kejiranan yang ideal buat mereka yang baru berkeluarga dan ingin memiliki rumah. Kediaman unik yang dikelilingi kehijauan yang menenangkan, pastinya menjadi pilihan utama anda sekeluarga.
©️ 2024 Glomac Berhad [Registration No. 198301015139 (110532-M)] All Rights Reserved. PDPA & Polisi Privasi