Our Development

Daftar Sekarang!
Hubungi Kami!
Daftar Sekarang!
Hubungi Kami!

Benteng takungan pecah bukan dalam projek pembangunan Glomac

KUALA LUMPUR: Kerosakan benteng kolam takungan di Taman Seri Alam, Puncak Alam yang menyebabkan kejadian banjir kilat menimpa hampir 200 rumah di kawasan berkenaan bukannya berada dalam projek pembangunan Glomac Bhd.

Perkara itu diperjelaskan oleh pemaju hartanah berkenaan yang membangunkan perbandaran Bandar Saujana Utama bersebelahan lokasi kejadian banjir kilat.

“Berikutan kejadian banjir kilat yang disebabkan oleh kerosakan empangan di Taman Seri Alam, Glomac menzahirkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa hampir 200 rumah yang terkesan pada 29 Disember lalu.

“Disebabkan oleh pelbagai tajuk berita media dan spekulasi awam, kami ingin menjelaskan bahawa kolam takungan itu terletak di kawasan Taman Seri Alam, dan bukannya dalam projek pembangunan kami, Bandar Saujana Utama tetapi terletak bersebelahan.

Image Source: Berita Harian Online

Source: Berita Harian

©️ 2024 Glomac Berhad [Registration No. 198301015139 (110532-M)] All Rights Reserved. PDPA & Polisi Privasi

Register Your Interest