Our Development

Register Now!
Call Us!
Register Now!
Call Us!

Glomac lancar kempen digital HappyNest

WARTAWAN SINAR HARIAN | | 6 November 2020

Kempen HappyNest Glomac melibatkan semua hartanah sedia ada dan yang akan dilancarkan dalam tempoh tersebut.


GLOMAC Berhad (Glomac) melancarkan Kempen HappyNest yang akan menambah nilai dan pilihan kepada pengguna yang ingin membeli kediamannya.

Ketua Jabatan Jualan dan Pemasarannya, Kim Neoh berkata, kempen digital tiga bulan itu diadakan untuk meningkatkan keseronokan pengalaman membeli rumah terutamanya dalam keadaan mencabar akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, walaupun terdapat pelbagai larangan pergerakan yang dihadapi rakyat Malaysia akibat wabak tersebut, minat pelabur didapati masih sama seperti sebelum tempoh Covid-19 melanda.

“Pembeli rumah pertama juga kelihatan sangat berminat untuk mendapatkan kediaman mereka melalui nilai terbaik yang ada di pasaran, justeru kempen HappyNest memberi peluang kepada pelanggan kami untuk memperoleh lebih banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, antara keseronokan yang ditawarkan termasuk peluang untuk memenangi dua baucar tunai RM200 setiap minggu dan hadiah cabutan bulanan berupa iPad Mini serta mesin vakum Dyson V8 yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000.

“Pelanggan boleh memilih untuk melihat unit contoh kami secara peribadi (dengan membuat janji temu) atau mengalami tontonan maya mana-mana kediaman kami.

“Anda kemudian secara automatik menyertai cabutan bertuah mingguan yang akan dilakukan melalui webinar striming secara langsung,” katanya.

Neoh berkata, peserta perlu membuat tempahan untuk membeli hartanah Glomac sepanjang tempoh kempen tersebut untuk layak menyertai cabutan bertuah bulanan.

Dalam pada itu katanya, Glomac turut menyertai Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diperkenalkan semula oleh kerajaan baru-baru ini di samping program HouzKey yang baru dilancarkan hasil kerjasama Glomac-Maybank.

“Kedua-dua pilihan pelan pemilikan rumah ini akan membantu mempermudah proses pemilikan kediaman,” katanya.

Beliau berkata, Kempen HappyNest Glomac akan berakhir pada 31 Januari 2021 namun lebih banyak inisiatif menarik akan dilancarkan secara berterusan untuk rakyat Malaysia.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/108914/BISNES/Glomac-lancar-kempen-digital-HappyNest
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

©️ 2024 Glomac Berhad [Registration No. 198301015139 (110532-M)] All Rights Reserved. PDPA & Privacy Policy

Register Your Interest