Larian Glomac "Fun Walk 2018"

Pengarah Urusan Kumpulan Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar bersama sebahagian daripada peserta acara Fun Walk 2018 di perkarangan Menara Glomac, Damansara, Kuala Lumpuer, semalam.

Aktiviti tersebut disertai kira-kira 250 peserta yang terdiri daripada orang awam, kakitangan Glomac dan golongan istimewa daripada Autism Cafe Project. 

Selain daripada berjalan kaki, terdapat aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna, soal jawab kuiz dan cabutan nombor bertuah.